Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan hari ini.

    Di bawah program baharu itu, Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Perindustrian Komanwel (CSIRO) akan menggunakan kepakarannya dalam kesihatan manusia dan haiwan serta kemudahan bertaraf dunia untuk membantu negara termasuk Vietnam, Fiji, Indonesia dan Laos meningkatkan keupa-yaan mereka bagi mengenal pasti, menjejak dan bertindak balas terhadap kecemasan kesihatan.

    Program itu, yang bernilai 24.2 juta dolar Australia akan memastikan pasukan barisan hadapan mempunyai kemahiran yang betul untuk melindungi masyarakat, menurut satu kenyataan kerajaan.

    Sebagai sebahagian daripada program itu, Pusat Kesediaan Penyakit Australia CSIRO akan menerima 12 juta dolar Australia daripada kerajaan untuk mengukuhkan makmal kesihatan haiwan di Asia Tenggara, menambah baik ujian bagi penyakit berjangkit di lokasi berisiko tinggi serta meningkatkan rangkaian diagnostik lapangan di Pasifik.

    Program itu juga termasuk sokongan untuk perkongsian pembuatan baharu bagi mengukuhkan keupayaan di Asia Tenggara untuk menghasilkan vaksin, produk ubat-ubatan dan biofarmaseutikal. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...