MOSCOW, 6 JAN – Australia membatalkan visa pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic, lapor Sputnik memetik Perkhidmatan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan.
“Pasukan Sempadan Australia akan terus memastikan individu yang tiba di sempadan negara mematuhi undang-undang dan syarat kemasukan. ABF mengesahkan Djokovic gagal memberikan bukti yang diperlukan untuk masuk ke Australia, dan visanya terpaksa dibatalkan,” kata ABF. – Bernama