Australia benarkan pelajar, pekerja mahir kembali

SYDNEY, 22 NOV – Australia hari ini mengumumkan ia akan membenarkan kedatangan pelajar asing dan pekerja mahir mulai bulan depan selepas 20 bulan menutup sempadannya.

Pembukaan itu melonggarkan beberapa sekatan perjalanan pandemik yang paling ketat di dunia, dengan beberapa pemegang visa dan warga Jepun serta Korea Selatan boleh mula berkunjung ke negara itu mulai 1 Disember ini.

Menteri Dalam Negeri, Karen Andrews, berkata Australia mula dibuka kepada dunia dan ia satu langkah ke hadapan untuk negara ini

Bulan lalu, Perdana Menteri, Scott Morrison (gambar-AFP) menarik balik sekatan ke atas warganya yang melancong ke luar negara hingga mencetuskan kebanjiran tempahan perjalanan untuk musim panas.

Morrison juga enggan melonggarkan peraturan perjalanan untuk bukan warga Australia hingga menyebabkan kira-kira 1.4 juta pemegang visa mahir terperangkap, kumpulan perniagaan melobi agar pemegang visa telah divaksin dibenarkan pulang dan sektor universiti turut terkesan.

Selain itu, sehingga kini, belum ada maklumat mengenai bila pelancong luar boleh kembali ke Australia, yang kini menjejaskan sektor pelancongan negara berkenaan sejak sempadan ditutup pada Mac 2020. – AFP