Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia beri laluan kepada Arab Saudi

    SYDNEY, 31 OKT – Australia memutuskan hari ini untuk tidak membida Piala Dunia bola sepak lelaki 2034, membuka jalan kepada Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah acara itu.

    Badan bola sepak Australia menarik bidaannya pada tarikh akhir pada 31 Oktober, selepas Konfederasi Bola Sepak Asia memberikan sokongan kepada Arab Saudi, yang dianggap sebagai calon terunggul untuk menjadi hos acara tersebut.

    “Kami telah meneroka peluang untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA dan setelah mempertimbangkan semua faktor, kami membuat kesimpulan untuk tidak melakukannya bagi pertandingan 2034,” kata badan bola sepak Australia dalam satu kenyataan.

    FIFA telah menjemput bidaan dari rantau Asia dan Oceania untuk hak penganjuran Piala Dunia bergilir selepas menamakan Maghribi, Sepanyol dan Portugal sebagai tuan rumah bersama untuk 2030.

    Terdapat perbincangan mengenai bidaan bersama dari Indonesia dan Australia untuk 2034, tetapi Indonesia baru-baru ini menyatakan sokongannya terhadap bidaan Arab Saudi.

    Cita-cita Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 adalah langkah terbaharu dalam usahanya untuk menjadikan negara itu sebagai kuasa sukan global.

    Negara jiran, Qatar tahun lalu menjadi tuan rumah pertama Piala Dunia di Timur Tengah.Australia kini mengintai Piala Asia Wanita pada 2026 dan Piala Dunia Kelab FIFA 2029. – AFP

    Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dilihat semasa perlawanan penentuan tempat ketiga antara Sweden dan Australia dalam Piala Dunia Wanita FIFA 2023 di Brisbane, Australia pada 19 Ogos lalu. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda