Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Australia beri suaka kepada bekas ahli Parlimen Hong Kong

    SYDNEY, 17 Ogos – Bekas ahli parlimen pro-demokrasi Hong Kong, Ted Hui, yang dikehendaki pihak berkuasa bandar itu, mengumumkan beliau mendapat suaka di Australia dan menyeru Canberra memberi lebih perhatian kepada aktivis lain yang masih dipenjara.

    Hong Kong, bekas tanah jajahan Britain yang diserahkan semula kepada China pada 1997, menyaksikan suara penentangan dibungkam sejak Beijing melaksanakan undang-undang keselamatan negara selepas protes besar-besaran menuntut demokrasi pada 2019, yang sebahagiannya bertukar ganas.

    Hui, yang aktif dalam siri protes demokrasi di Hong Kong pada 2019, berkata kerajaan Australia minggu ini meluluskan visa perlindungan untuk dirinya, isteri, anak-anak serta ibu bapanya. Beliau kini menetap di Adelaide.

    “Saya berterima kasih kepada kerajaan Australia – sama ada yang kini memerintah atau terdahulu – kerana mengiktiraf keperluan kami mendapat perlindungan dan memberikan suaka ini,” katanya dalam hantaran di Facebook kelmarin.

    Hui merupakan pengkritik lantang terhadap kerajaan Hong Kong dan Beijing, serta antara aktivis luar negara yang dikenakan ganjaran polis sebanyak HK$1 juta pada 2023.

    Ganjaran itu dikritik negara Barat dan dianggap simbolik kerana kebanyakan aktivis berada di negara yang tidak mungkin mengekstradisi mereka.

    Dalam kenyataannya, Hui turut menggesa Australia agar tidak melupakan aktivis lain yang masih dipenjara, termasuk tokoh media Jimmy Lai yang ditahan sejak 2020. – AFP

    Gambar fail Ted Hui (tengah) ditahan polis semasa perhimpunan pro-demokrasi di daerah Causeway Bay di Hong Kong pada 12 Jun 2020. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Berita Berkaitan

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...

    Remaja Australia bawah 16 tahun dilarang guna Facebook, Instagram mulai 4...

    SYDNEY, 19 NOV - Warga Australia yang berumur bawah...

    Pelajar antarabangsa dilarang jual akaun bank, dokumen pengenalan

    CANBERRA, 19 NOV - Pihak berkuasa Australia hari ini...

    Siklon tropika Fina terbentuk di perairan Australia

    CANBERRA, 19 NOV - Satu siklon tropika terbentuk di...

    Terkini

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...