Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV – Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony Albanese sebagai salah satu ‘peristiwa paling gelap’ dalam sejarah perubatan negara itu.

    Thalidomide ialah ‘ubat ajaib’ yang dipreskripsikan pada 1950an dan awal 1960an untuk membantu wanita hamil mengatasi mual pagi, tetapi kemudiannya didapati bahan kimia itu juga menyebabkan kecacatan kelahiran yang teruk pada kanak-kanak.

    The Thalidomide Trust menganggarkan lebih daripada 10,000 anak damit di seluruh dunia telah terjejas oleh thalidomide sebelum ia ditarik semula pada tahun 1960an.

    “Setiap hari antara dahulu dan sekarang, rakyat Australia yang terjejas oleh thalidomide telah terhutang permohonan maaf,” kata Albanese dalam ucapan kepada parlimen sambil menyaksikan mangsa thalidomide Australia yang terselamat.

    “Hari ini, akhirnya Australia akan meminta maaf. Permintaan maaf ini merupakan salah satu peristiwa paling gelap dalam sejarah perubatan Australia.”

    Kerajaan British membuat permohonan maaf yang sama pada 2010.

    Pakar perbidanan Australia, William McBride pada 1961 adalah salah seorang doktor pertama yang memberi amaran, selepas mendapati wanita yang mengambil ubat itu berkemungkinan besar melahirkan anak damit yang terbantut atau kehilangan anggota badan.

    Kerajaan Australia berkata kira-kira 150 yang terselamat daripada thalidomide berdaftar dengan program sokongan nasional. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda