Friday, May 10, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Australia catat lebih 40,000 kes baharu

    CANBERRA, 15 APRIL – Australia hari ini melaporkan lebih 40,000 kes baharu COVID dan lebih 30 kematian, termasuk 16 di New South Wales, wilayah paling padat penduduk di negara itu.

    Menurut data terkini Jabatan Kesihatan, sebanyak 5,073,331 kes COVID telah disahkan di Australia, termasuk 6,693 kematian, dan kira-kira 435,702 kes aktif setakat kelmarin.

    Sebanyak 3,138 kes COVID dirawat di hospital dan 126 berada di unit rawatan rapi. Sejak beberapa minggu, purata kes dicatatkan setiap hari adalah 49,474 kes. Umur median bagi kesemua kes adalah 30 tahun dan umur median kematian ialah 83 tahun. Setakat ini 69 peratus penduduk yang layak telah menerima suntikan penggalak di negara itu.

    Hari ini, mandat pemakaian pelitup muka yang ketat di South Australia telah dilonggarkan selepas kira-kira sembilan bulan. Mereka tidak lagi dimestikan untuk memakai pelitup muka di kebanyakan teACmpat awam yang tertutup. – Xinhua.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun cadang perluas penangkapan ikan paus komersial kepada ikan paus sirip

    TOKYO, 10 MEI - Agensi Perikanan Jepun telah mencadangkan memperluaskan penangkapan ikan paus komersil di sepanjang pantai negara kepada ikan paus sirip, spesies yang...