Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia catat sifar kes baharu COVID-19

    SYDNEY, 1 NOV – Australia melaporkan sifar kes baharu koronavirus tempatan hari ini, umum menteri kesihatan negara, mencetuskan keraian dalam talian ‘donat negara’ pertama sejak Jun.

    Menteri Kesihatan, Greg Hunt berkata dia menerima makluman dari Pusat Insiden Kebangsaan bahawa tidak ada kes dikesan dalam komuniti dalam tempoh 24 jam hingga 8 malam kelmarin.

    Negara itu telah mencapai kejayaan penting hampir lima bulan lalu pada 9 Jun, sebelum letusan gelombang kedua di negeri Victoria menyaksikan sekatan pergerakan ketat dan perintah berkurung malam yang dikenakan ke atas lima juta penduduk Melbourne.

    “Terima kasih kepada semua pekerja kesihatan awam dan kesihatan terutama penduduk Australia,” kata Hunt dalam Twitter hari ini.

    Pengguna media sosial menggelarnya sebagai ‘donat negara’, mengulang keraian baru-baru ini di Victoria apabila kes harian sifar disahkan di sana dan penduduk mengisytiharkannya ‘Hari Donat’.

    Sejumlah kecil kes telah direkodkan dalam kemudahan kuarantin sempadan menempatkan pengunjung yang pulang dari seberang laut.

    Kini terdapat kurang dari 200 kes aktif koronavirus di seluruh Australia, yang mencatatkan lebih 27,500 kes dan 907 kematian sejak pandemik bermula. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda