MELBOURNE, 3 Feb – Nick Kyrgios yang fokus telah meletakkan pendahuluan 2-0 Australia ke atas Republik Czech pada hari pertama pertandingan Kumpulan Dunia Piala Davis hari ini.
Pemain kontroversi nombor 15 dunia itu hanya memerlukan 95 minit untuk mencatatkan kemenangan 6-2, 6-3, 6-2 ke atas Jan Satral pemain ranking ke-157 dan mengukuhkan cengkaman pasukan Australia ke atas gelanggang permukaan keras dalam pertandingan di Kooyong di Melbourne.
Jordan Thompson mengecewakan pemain nombor satu Czech, Jiri Vesley 6-3, 6-3, 6-4 dalam pertandingan perseorangan dalam masa dua jam dan enam minit.
Thompson, 22 dan ranking 65, mempunyai tugasan mudah menewaskan pemain ranking ke-54, Vezley, untuk menjejaskan harapan pasukan Republik Czech bagi pertandingan perseorangan pada hari pembukaan.
Kyrgios, yang didenda AS$5,500 kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan mencampakkan raketnya selepas pusingan kedua yang tegang menentang Andreas Seppi pada Terbuka Australia bulan lalu, tidak menunjukkan sikap seperti itu di bawah pengawasan kapten Australia, Lleyton Hewitt.

Dia mengekalkan fokusnya, terus menahan emosinya dan menghasilkan 21 ‘aces’.
“Ia adalah senjata utama saya,” kata Kyrgios. “Saya selalu cuba untuk memperbaiki bahagian itu dalam permainan saya. Itulah yang saya mahu lakukan pada setiap perlawanan.”
Kyrgios mengatasi Satral walaupun pemain dari Australia itu memerlukan enam mata penamat untuk menewaskan pemain dari Czech.
Kyrgios berkata ia bukanlah mudah untuk menang ke atas pesaing rookie seperti yang diharapkan sebahagian orang.
“Saya berada di Miami selama seminggu (selepas Terbuka Australia) dan terbang kembali, jadi saya tidak memiliki masa yang panjang untuk bersedia, sekitar lima hari,” dia memberitahu wartawan.
“Terdapat beberapa perasaan gentar dalam pra pertandingan. Saya tidak banyak beraksi pada 2017.
“Ia bukanlah mudah menentang pemain yang anda tidak kenali. Dia tidak mempunyai sebarang kekecewaan.”
Kyrgios memperbaiki rekodnya kepada 5-3 dalam pertandingan perseorangan menentang Satral, yang membuat kemunculannya dalam Piala Davis. – AFP