Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia, China bina hubungan lebih baik

    BEIJING, 6 NOV – Perdana Menteri Australia mengalu-alukan ‘tanda-tanda positif’ hubungan yang lebih baik dengan China hari ini, ketika beliau melawat Beijing untuk rundingan penting dengan Xi Jinping.

    Selepas beberapa tahun hubungan tegang antara dua rakan perdagangan, Anthony Albanese meramalkan ‘perbincangan yang membina’ dengan pemimpin China dan memuji peningkatan hubungan perdagangan baru-baru ini.

    “Menurut pendapat saya, terdapat tanda-tanda yang positif,” kata Albanese. ‘Kita telah melihat beberapa halangan perdagangan antara dua negara diperbaiki’.

    Albanese ialah Perdana Menteri Australia pertama yang melawat China dalam tempoh tujuh tahun dan lawatan itu dilihat sebagai satu usaha normalisasi.

    Beijing secara efektif membekukan hubungan sejak tahun 2020 untuk menyuarakan ketidakpuasan terhadap beberapa siri dasar Australia.

    Tiga tindakan yang telah diambil oleh Canberra yang menimbulkan ketidakpuasan dari pihak Beijing termasuk pengharaman Huawei untuk mendapatkan kontrak 5G, menyasarkan operasi berpengaruh China di Australia dan juga keputusan untuk mencabar China mengenai pengendalian pandemik COVID-19.

    Sebagai tindak balas, China mengenakan larangan terhadap mesyuarat menteri-menteri dan mengenakan tarif penalti ke atas pelbagai komoditi Australia seperti arang batu, barli dan wain. – AFP

    Li Qiang bersalaman dengan Anthony Albanese semasa sesi pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China di Shanghai pada 5 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda