Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Australia, China kukuhkan hubungan

    SYDNEY, 3 NOV – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, akan melawat China esok untuk lawatan bersejarah, sebagai tanda bahawa hubungan yang tegang telah mula berbaik dengan negara gergasi dalam perdagangan dan rakan strategik.

    Lawatan selama empat hari perdana menteri Australia ke Beijing dan Shanghai adalah yang pertama oleh seorang pemimpin Australia dalam tempoh tujuh tahun dan merupakan pengiktirafan bahawa hubungan antara kedua-dua negara telah menjadi lebih kukuh selepas berlakunya perbalahan diplomasi yang mempengaruhi perdagangan bernilai berbilion dolar.

    Sejak pilihan raya pada Mei tahun lalu, kerajaan yang dipimpin oleh Anthony Albanese, telah mengamalkan strategi dua hala dengan China, iaitu mencuba membina hubungan yang lebih mesra dengan rakan perdagangan terbesar negara mereka sambil menghadapi pengaruh Beijing yang semakin meningkat di kawasan Pasifik.

    Tiga tahun lalu, China dan Australia berada dalam keadaan tegang.

    Pada 2020, China mengenakan tarif hukuman ke atas pelbagai komoditi Australia, sebagai tindak balas terhadap tindakan kerajaan konservatif sebelumnya yang melarang syarikat teknologi Huawei daripada mendapat kontrak 5G dan meminta siasatan mengenai asal-usul COVID-19.

    Dengan perubahan dalam pendekatan kerajaan baharu Australia, kebanyakan daripada sekatan perdagangan dan hubungan antara Australia dan China telah ditarik balik. – AFP

    Anthony Albanese bercakap kepada media semasa sidang akhbar di Bangunan Parlimen di Canberra pada 22 Oktober.
    – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...