Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Australia dakwa kapal China ‘bertindak agresif’

    CANBERRA, AUSTRALIA, 13 MEI – Menteri Pertahanan Australia hari ini berkata kapal perang China yang mempunyai keupayaan untuk mengintip merayau-rayau di pinggir laut di bahagian barat negara itu dalam apa yang disifatkannya sebagai ‘tindakan agresif’.

    Menteri Pertahanan, Peter Dutton berkata kapal tersebut dilihat pada awal pagi Jumaat menuju ke utara kira-kira 250 batu nautika dari Broome di barat Australia, dan telah dikesan di sepanjang pinggir laut sejak beberapa minggu kebelakangan.

    “Tujuannya sudah tentu untuk mengumpul maklumat di sepanjang pinggir laut,” kata Dutton. “Ia berada terlalu hampir dengan peralatan tentera dan perisikan di sempadan laut barat Australia.”

    Dia berkata ia adalah sesuatu yang luar biasa bagi kapal perang China untuk berada terlalu jauh di bahagian selatan dan pihak berkuasa memantau kapal tersebut dengan lebih dekat menggunakan kapal terbang dan teknik pemantauan. Dia berkata dia ingin bersikap terbuka dan jujur dengan rakyat Australia mengenai situasi tersebut.

    “Saya merasakan ia adalah tindakan agresif, dan saya merasakan sedemikian kerana ia berada terlalu jauh di bahagian selatan,” kata Dutton.

    Ketegangan antara Australia dan China semakin memuncak sejak kebelakangan ini selepas China menandatangani pakatan keselamatan dengan Kepulauan Solomon.

    Rakyat Australia akan turun mengundi dalam masa lapan hari dalam pilihan raya umum.

    Dutton berkata waktu pengumuman itu dibuat tidak mempunyai kaitan dengan kempen pilihan raya.

    “Australia menghormati hak semua negara untuk mengamalkan kebebasan untuk mengemudi dan terbang di perairan dan ruang udara antarabangsa, dan kami berharap negara lain akan menghormati hak kami untuk melakukan perkara yang sama,” kata kementerian pertahanan dalam kenyataan.

    “Kementerian pertahanan akan terus memantau operasi kapal di perairan negara.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...