Australia dedah strategi cegah serangan ganas

SYDNEY, 20 Ogos – Australia hari ini mendedahkan strategi untuk mencegah serangan ganas menggunakan kenderaan yang telah dilancarkan di tempat awam yang penuh orang ramai ekoran serangan maut di Barcelona, Nice dan London.

Laporan itu – yang diusahakan selepas 86 orang terkorban dalam serangan lori di Nice tahun lalu – memberikan pengendali tempat ‘alat’ untuk digunakan apabila menangani kebimbangan pengganasan.

“Seperti yang kita saksikan dari peristiwa tragik di Paris, London, Berlin dan Barcelona, pengganas-pengganas terus menyasarkan tempat-tempat orang ramai,” Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata dalam satu kenyataan.

“Strategik ini akan membantu para pemilik dan pengendali untuk menambah keselamatan, perlindungan dan daya pemulihan tempat-tempat ramai orang di seluruh Australia.”

Strategi itu menawarkan perniagaan dan kerajaan-kerajaan tempatan panduan untuk menilai bagaimana tapak mereka mudah terdedah kepada serangan, termasuklah dari kenderaan, dan bagaimana menjadikan ia lebih selamat.

Langkah-langkah yang dicadangkan termasuklah pilihan-pilihan pencegahan seperti pagar dan kamera litar tertutup, melambatkan percubaan seperti pokok dan patung untuk melambatkan kenderaan dan kakitangan tindak balas pantas.

“Anda boleh memasang tonggak, boleh mempunyai tempat duduk, boleh mempunyai kerja seni, tangga, kotak tanaman,” Turnbull menambah kata kepada para pemberita di Sydney.

“Pada peringkat reka bentuk, ia boleh dilakukan dengan sangat tidak menonjol,” – AFP