Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia didakwa intip, curi teknologi China

    BEIJING, 29 Jun – Sebuah surat khabar kerajaan China hari ini telah menuduh Australia kerana mengintip China dan mencuri teknologinya, beberapa minggu selepas insiden Beijing menolak tuduhan campur tangan dalam politik Australia.

    Seorang kakitangan jabatan keselamatan kebangsaan China memberitahu Global Times bahawa ejen perisikan Australia ‘dalam penyamaran’ mengumpul maklumat dari rakyat China di luar negara atau ‘malah menggalakkan mereka menjatuhkan China.

    Ejen-ejen juga secara dekat memantau rakyat China dan kedutaan di Australia untuk menggagalkan ‘ancaman pengintipan China’, menurut artikel yang diterbitkan di muka hadapan surat khabar berkenaan.

    “Dalam usaha keras terselindung sejagat, Australia tidak pernah berperanan mangsa,” kakitangan yang identitinya tidak didedahkan dipetik sebagai berkata.

    “Bagaimanapun, mereka tidak sewenang-wenangnya mengusahakan risikan tentang China dan dengan tidak berasas menuduh China mengintip ke atas mereka. Kelogikan tidak masuk akal.”

    Kerajaan Australia tidak segera memberi respons kepada tuduhan itu.

    Artikel itu menyusuli laporan media Australia bulan ini bahawa agensi-agensi perisikan Australia begitu bimbang China campur tangan dalam institusi-institusi Australia dan menggunakan sumbangan politik untuk mendapatkan laluan.

    Penyiasatan Perbadanan Penyiaran Australia dan Fairfax Media mendapati elit politik negara itu telah diberi amaran dua tahun lalu tentang mengambil sumbangan dari dua jutawan yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda