Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia dijangka alami musim sejuk lebih panas tahun ini

    SYDNEY, 30 MEI – Australia dijangka mengalami cuaca lebih panas daripada biasa semasa musim sejuk yang akan datang tahun ini, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Dalam ramalan jangka panjang terbarunya, Biro Meteorologi Australia (BOM) menyatakan bahawa suhu pada siang dan malam berkemungkinan besar lebih tinggi berbanding purata di seluruh negara dari Jun hingga Ogos.

    “Ini berikutan musim luruh yang lebih panas daripada biasa bagi kebanyakan bahagian Australia dan membawa keadaan yang sangat kering ke bahagian selatan negara dan barat daya Australia Barat,” kata BOM.

    Data awal mencadangkan bahawa purata suhu musim luruh tahun ini adalah sekitar 0.5 darjah Celsius melebihi purata 1961 hingga 1990, dengan hampir setiap negeri dan wilayah, kecuali Wilayah Utara, merekodkan bacaan purata melebihi purata.

    Selepas musim luruh yang panas dan basah, musim sejuk akan menyaksikan peningkatan kemungkinan suhu maksimum yang luar biasa tinggi di seluruh benua, dengan empat kali ganda kebarangkalian biasa di kebanyakan bahagian timur, selatan dan jauh di utara Australia.

    Bagi hujan, BOM meramalkan bahawa majoriti Australia akan mengalami hujan yang biasa untuk tempoh musim sejuk.

    Menurut biro cuaca, curahan hujan melebihi purata berkemungkinan berlaku di bahagian barat dan beberapa kawasan selatan tengah.

    Tahun lalu, Australia telah melalui musim sejuk paling panas sejak rekod bermula pada 1910, dengan purata suhu kebangsaan 1.53 darjah Celsius melebihi purata pada tahun 1961 hingga 1990. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda