SYDNEY, 17 NOV – Australia hari ini menolak tawaran Turkiye untuk menjadi tuan rumah bersama sidang kemuncak iklim PBB tahun depan, kerana tawaran tersebut untuk Persidangan Perubahan Iklim PBB ke-31 (COP31) akan alihkan perhatian daripada rundingan yang sedang berlangsung di Brazil tahun ini.
Canberra dan Ankara berada di bawah tekanan untuk mengelakkan kekeliruan di Belem, pada masa Brazil terdesak untuk menunjukkan bahawa diplomasi iklim masih berkesan.
Tuan rumah mesti dipilih melalui konsensus, jadi sama ada Australia atau Turkiye menarik balik tawarannya untuk anjur COP31 atau bersetuju untuk perkongsian. Itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan akan menyaksikan hak menjadi tuan rumah COP31 akan berpindah ke Jerman.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese hari ini Isnin menentang keras cadangan menjadi tuan rumah bersama dengan Turkiye.
“Itu bukan satu pilihan, dan orang ramai sedar bahawa ia bukan satu pilihan, itulah sebabnya ia telah diketepikan,” katanya.
Australia sedang membida untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak di bandar selatan Adelaide bersama jirannya di Pulau Pasifik, dengan harapan dapat menonjolkan sebahagian dunia yang terjejas akibat kesan perubahan iklim.
Jika negara itu memenangi bidaan COP, ia akan menjadi kali pertama rantau Pasifik menjadi tuan rumah mesyuarat tahunan itu.
Sementara satu sumber diplomatik Turki memberitahu AFP hujung minggu lalu bahawa Ankara, “terus menyokong model anjur bersama” dan juga sanggup melakukannya sendiri sekiranya kata sepakat tidak dicapai.
Turkiye pula mahu COP31 memberi tumpuan kepada rantau paling terdedah di dunia, dengan sesi khas yang berpotensi membincangkan isu-isu Pasifik, tambah sumber diplomatik itu. – AFP

