AUSTRALIA, 25 SEPT – Australia telah melanggar hak orang asli Australia selepas gagal memberikan perlindungan secukupnya terhadap kesan perubahan iklim, menurut pemerhati Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan mengarahkan Canberra untuk membayar pampasan.
Dalam keputusan penting itu, Jawatankuasa Hak Asasi PBB membuat keputusan memihak kepada penduduk asli Pulau Torres yang memfailkan aduan terhadap Australia kerana gagal mengawal perubahan iklim.
Penduduk asli menekankan langkah seperti gagal menaik taraf tembok laut atau mengurangkan pencemaran gas rumah hijau.
“Kegagalan Australia memberi perlindungan secukupnya kepada penduduk asli Pulau Torres terhadap kesan perubahan iklim melanggar hak mereka untuk menikmati budaya dan bebas gangguan kehidupan peribadi, keluarga dan kediaman mereka,” menurut jawatankuasa dalam keputusan yang dikeluarkan Jumaat lalu.
Lapan orang warganegara Australia dan enam orang anak mereka – kesemuanya penduduk asli dari Boigu, Poruma, Warraber dan Masig, empat pulau kecil di wilayah Selat Torres, Australia – memfailkan aduan pada 2019. – AP
