Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Australia guna AI ramal risiko banjir

    SYDNEY, 2 APRIL – Negeri tenggara Australia, New South Wales (NSW) sedang menguji teknologi yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan rangkaian telefon mudah alih untuk meramalkan kemungkinan kesan banjir.

    Perkhidmatan Kecemasan Negeri NSW telah bekerjasama dengan penyelidik dari Universiti Teknologi Sydney dan syarikat TPG Telecom dalam percubaan utama Australia yang boleh membantu melindungi komuniti semasa cuaca buruk, kata kerajaan NSW dalam satu kenyataan media.

    Mereka membangunkan dan menguji teknologi pengesan rangkaian yang mendapatkan maklumat cuaca setempat termasuk hujan, paras air dan aliran sungai menggunakan isyarat yang dihantar pada rangkaian komunikasi.

    Gabungan maklumat cuaca dalam masa nyata dengan data lampau dan maklumat banjir dari Biro Meteorologi, dengan teknik visual 4D dari syarikat NSW Spatial Digital Twin (SDT) berupaya menunjukkan perubahan kepada landskap dan persekitaran binaan, menurut siaran media.

    SDT membolehkan sejumlah besar data digambarkan dalam model 3D dan 4D serta memahami dan menganalisis data melalui analisis terperinci.

    AI kemudiannya digunakan untuk meramalkan risiko kepada infrastruktur dan komuniti, sekali gus membuka laluan kepada perkhidmatan kecemasan negeri untuk menggunakan data yang dihasilkan untuk menyebarkan maklumat dengan pantas kepada komuniti yang terjejas melalui makluman yang disasarkan.

    Walaupun masih dalam pembangunan, teknologi itu boleh melakukan transformasi untuk perkhidmatan kecemasan, kata kerajaan NSW.

    “Ketika kami menghadapi cuaca yang semakin teruk yang dipengaruhi oleh perubahan iklim, kami menyokong Perkhidmatan Kecemasan Negeri NSW dengan teknologi yang boleh membantu komuniti mengakses maklumat ribut dan banjir yang penting dengan lebih cepat,” Menteri Perkhidmatan Pelanggan dan Kerajaan Digital negeri, Jihad Dib dipetik sebagai berkata. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...