SYDNEY, 10 SEPT – Australia akan mengerahkan teknologi dron sebagai pasukan penyerang Ghost Shark dalam air sebagai sebahagian program pertahanannya yang bernilai AS$1.1 bilion, menurut kerajaan hari ini.
Negara itu akan menggunakan berpuluh-puluh dron dengan saiz yang ‘lebih besar’ dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Australia bermula bulan Januari nanti, kata Menteri Pertahanan, Richard Marles.
“Ini adalah keupayaan yang sangat penting untuk Tentera Laut Diraja Australia,” katanya kepada media.
Syarikat Anduril Australia memperoleh kontrak berjumlah AUS$1.7 bilion untuk membina, menyelenggara dan membangunkan dron baharu.
“Kami secara konsisten menyatakan bahawa Australia sentiasa berdepan dengan situasi paling kompleks, seperti landskap strategik paling mengancam yang kami hadapi sejak akhir Perang Dunia Kedua,” kata Marles.
Jentera bawah laut itu akan melengkapkan rancangan Australia untuk memperoleh kapal selam berkuasa nuklear yang tersembunyi dalam perjanjian berbilion dolar antara Britain dan Amerika Syarikat, katanya lagi. – AFP


