Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia hantar pendatang ke pulau terpencil di Pasifik

    SYDNEY, 28 OKT – Australia telah mula menghantar pendatang ke negara kepulauan terpencil di Pasifik, Nauru, di bawah perjanjian kontroversi yang dimeterai tahun ini, menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tony Burke hari ini.

    Kira-kira 350 pendatang, kebanyakannya pernah disabitkan dengan jenayah serius termasuk serangan, penyeludupan dadah malah pembunuhan, dijangka akan dipindahkan ke pulau itu selepas Australia gagal menempatkan mereka semula di tempat lain.

    “Nauru mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa penghantaran pertama telah dilakukan,” kata Burke dalam satu kenyataan.

    Dia tidak menyatakan jumlah sebenar pendatang yang telah dihantar ke Nauru.

    Selama bertahun-tahun, kumpulan tersebut terperangkap dalam sistem tahanan imigresen Australia selepas visa mereka dibatalkan kerana kesalahan jenayah ganas atau disebabkan kebimbangan keselamatan lain.

    Australia tidak dapat menghantar mereka pulang ke negara asal kerana mereka berdepan risiko besar seperti peperangan atau penganiayaan agama.

    Satu keputusan penting Mahkamah Tinggi pada tahun 2023 mendapati bahawa adalah menyalahi undang-undang untuk Australia menahan kumpulan tersebut tanpa tempoh yang ditetapkan kerana tiada tempat lain untuk menghantar mereka. – AFP

    Pulau Nauru, pada 11 September 2001. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda