Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Australia haramkan import vape

    SYDNEY, 28 NOV – Australia akan mengharamkan import vape pakai buang mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan itu hari ini, menyelar alat itu sebagai produk yang menjadi ketagihan dalam kalangan anak muda.

    Sekatan pada vape pakai buang bertujuan untuk mengurangkan peningkatan ketagihan dalam golongan muda, kata Menteri Kesihatan, Mark Butler.

    Australia pertama kali mengumumkan larangan import pada Mei tetapi tidak memberikan tarikh mula sehingga sekarang.

    Vape telah dijual sebagai alat untuk membantu perokok berhenti dalam jangka masa yang panjang, kata Butler.

    “Ia tidak dijual sebagai produk rekreasi, terutama sekali tidak disasarkan kepada anak-anak muda kita, tetapi itulah yang berlaku,” kata menteri itu.

    Gambar Freepik

    “Sebilangan besar vape mengandungi nikotin dan anak muda menjadi ketagih.”

    Kira-kira satu daripada tujuh kanak-kanak berumur 14 hingga 17 menggunakan vape, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

    Ia memetik ‘bukti konsisten’ bahawa anak muda Australia yang menggunakan vape adalah kira-kira tiga kali ganda berkemungkinan untuk menghisap tembakau.

    Undang-undang baharu juga akan diperkenalkan pada 2024 untuk mengharamkan pembuatan, pengiklanan atau pembekalan vape pakai buang di Australia, kata kerajaan.

    Larangan import itu disambut baik oleh Persatuan Perubatan Australia.

    “Australia telah menjadi peneraju dunia dalam mengurangkan kadar merokok dan kemudaratan kesihatan seterusnya, jadi tindakan tegas kerajaan untuk menghentikan vape dan mencegah bahaya selanjutnya adalah sangat dialu-alukan,” kata presiden persatuan Steve Robson. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...