Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia henti guna MRH-30

    SYDNEY, 29 SEPT – Tentera Australia hari ini berkata ia telah menghentikan armada helikopter MRH-30 Taipannya lebih awal daripada jadual, selepas satu daripadanya jatuh ke laut pada Julai, mengorbankan empat kru.

    Armada terdiri daripada 40 helikopter Taipan telah dihentikan daripada beroperasi semasa penyiasat menyiasat nahas pada waktu malam itu, yang berlaku semasa latihan perang di luar Kepulauan Whitsunday.

    Pesawat itu pada asalnya dijadualkan untuk bersara pada penghujung 2024.

    Helikopter Taipan ‘tidak akan kembali ke operasi penerbangan’ sebelum tarikh penarikan balik itu, kata Kementerian Pertahanan Australia dalam satu kenyataan.

    Kerajaan berkata ia akan memperkenalkan armada baharu 40 helikopter Black Hawk UH-60M, tiga daripadanya telah mula terbang pada bulan ini.

    “Keutamaan tertinggi kerajaan adalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita,” kata Menteri Pertahanan, Richard Marles. – AFP

    Gambar serahan Angkatan Pertahanan Australia menunjukkan askar dari Rejimen ke-4, Artileri Diraja Australia dan Batalion ke-3 turun dari MRH-90 Taipan semasa Latihan Chau Pha di Kawasan Latihan Lapangan Townsville, Queensland pada 12 Jun 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda