Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia import 10 juta kit ujian virus China

    SYDNEY, 29 APRIL – Usahawan perlombongan Australia hari ini mendedahkan perjanjian untuk mengimport 10 juta kit ujian koronavirus dari China ke Australia, meskipun pertikaian diplomatik berlaku antara kedua-dua buah negara itu.

    Andrew Forrest, ketua syarikat perlombongan Fortescue, berkata dia telah menggunakan rakan perhubungannya untuk menjamin tempahan kit ujian itu bersama firma genomic Cina, BGI Group pada kadar rendah daripada pembekal pesaing, di tengah-tengah persaingan sengit.

    Australia, yang sudah menjadi salah sebuah negara paling berjaya dalam menangani COVID-19, sejauh ini telah menjalankan sekitar 500,000 ujian daripada penduduknya seramai 25 juta orang.

    Penghantaran alat ujian baharu itu akan meningkatkan program kesan dan jejak negara itu secara dramatik dan membantu membina sejenis pemantauan yang diperlukan untuk membuka semula ekonomi negara,” kata Menteri Kesihatan, Greg Hunt.

    “Apa yang hendak disampaikan kepada penduduk Australia adalah kami mempunyai barisan bekalan, kami mempunyai kapasiti kesihatan dan kami ada jalan untuk balik semula kepada kenormalan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda