Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Australia, Indonesia setuju tandatangani perjanjian keselamatan baharu

    SYDNEY, 12 NOV- Australia dan Indonesia setuju untuk tandatangani perjanjian keselamatan baharu, yang merangkumi kerjasama ketenteraan yang lebih erat, kata pemimpin kedua-dua negara selepas rundingan di Sydney hari ini.

    Perdana Menteri Anthony Albanese, berucap bersama Presiden Prabowo Subianto di Pangkalan Tentera Laut Diraja Australia di Sydney, berkata mereka, “baru sahaja memuktamadkan rundingan mengenai perjanjian dua hala baharu mengenai keselamatan bersama”.

    “Perjanjian ini merupakan pengiktirafan daripada kedua-dua negara bahawa cara terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan adalah dengan bertindak bersama,” kata Albanese kepada pemberita.

    Pemimpin Australia itu berkata beliau harap dapat melawat Indonesia tahun depan untuk menandatangani perjanjian baharu itu.

    Prabowo Subianto, (kiri) dan Anthony Albanese mengadakan taklimat di atas kapal HMAS Canberra di pangkalan armada Kuttabul di Sydney, Australia hari ini. – AP

    Beliau berkata perjanjian itu dibina berdasarkan pakatan pertahanan dua hala yang ditandatangani pada tahun 2024, yang menjanjikan kerjasama yang lebih erat di rantau Asia-Pasifik yang dipertikaikan dan merangkumi peruntukan untuk setiap tentera yang beroperasi di negara lain.

    Beribu-ribu tentera Indonesia dan Australia mengadakan latihan bersama di Jawa timur beberapa bulan selepas perjanjian 2024 ditandatangani.

    Perjanjian baharu itu juga akan mengikat Australia dan Indonesia untuk, “berunding di peringkat pemimpin dan menteri, secara berkala mengenai perkara keselamatan”, kata Albanese.

    Ia juga akan memudahkan, “aktiviti keselamatan yang saling menguntungkan,dan jika keselamatan salah satu atau kedua-dua negara terancam, untuk berunding dan mempertimbangkan langkah-langkah yang boleh diambil, sama ada secara individu atau bersama, untuk menangani ancaman tersebut”, katanya.

    Prabowo pula berkata perjanjian itu mengikat kedua-dua negara untuk, “mewujudkan kerjasama erat dalam bidang pertahanan dan keselamatan”.

    “Kita tidak boleh memilih jiran kita. Terutamanya negara seperti kita,” katanya.”Jiran yang baik akan saling membantu dalam masa kesukaran,” tambah Prabowo.

    Australia berharap dapat mengeratkan hubungan dengan Indonesia ketika rantau ini digoncang oleh persaingan antara China dan Amerika Syarikat. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...