Monday, September 26, 2022
23.8 C
Brunei

Australia janji lindungi Terumbu Sawar Besar

-

CANBERRA, 28 JAN – Kerajaan Australia hari ini menjanjikan belanjawan 1 bilion dolar Australia lagi (AS$704 juta) dalam masa sembilan tahun bagi memperbaiki kesihatan Terumbu Sawar Besar selepas berjaya menangguhkan keputusan UNESCO menurunkan taraf status Tapak Warisan Dunia itu.

Pengkritik bagaimanapun memper-tikaikan bahawa pelaburan itu adalah satu bidaan untuk memperbaiki prestasi mesra alam parti pakatan konservatif menjelang pilihan raya namun dalam masa yang sama, tidak melakukan sebarang perubahan terhadap ancaman besar ke atas terumbu karang iaitu kenaikan suhu laut.

Daripada peruntukan itu, AUD$580 akan dibelanjakan ke atas kerja-kerja pengurusan tanah di sepanjang pesisir pantai timur laut Australia bagi mengurangkan hakisan, memperbaiki keadaan tanah dan mengurangkan nutrien serta pencemaran racun perosak.

Sekitar AUD$253 juta lagi akan menyokong Pihak Berkuasa Taman Marin Terumbu Sawar Besar yang menguruskan ekosistem terumbu karang terbesar dunia itu, dalam usaha mengurangkan ancaman dari tapak sulaiman dan mencegah penangkapan ikan haram.

Manakala AUD$93 juta diperuntukkan untuk penyelidikan bagi menjadikan terumbu karang itu lebih mapan dan mempertingkatkan strategi adaptasi.

“Kami menyokong kesihatan terum-bu dan ekonomi masa depan operator pelancongan, penyedia kemudahan hospitaliti dan komuniti Queensland yang merupakan pusat ekonomi terumbu,” kata Perdana Menteri Scott Morrison.

Dalam Julai tahun lalu, Australia meraih cukup sokongan antarabangsa untuk mengekang satu cubaan oleh UNESCO, organisasi budaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menurunkan status Tapak Dunia terumbu itu kepada ‘dalam bahaya’ kerana kerosakan teruk akibat perubahan iklim. –AP

Gambar fail serahan Pihak Berkuasa Taman Terumbu Sawar Besar menunjukkan ikan-ikan kecil di perairan Ribbon Reef No 10 berhampiran Cairns, Australia. Australia menjanjikan 1 bilion dolar Australia selama sembilan tahun bagi memperbaiki kesihatan Terumbu Sawar Besar itu, kelmarin. –AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -