Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Australia kecam Israel batal visa diplomat

    SYDNEY, 19 OGOS – Menteri Luar Australia hari ini mengecam tindakan Israel membatalkan visa diplomat Canberra yang ditempatkan di Pihak Berkuasa Palestin, menyifatkannya sebagai reaksi tidak berasas.

    Langkah Israel itu diambil sebagai tindak balas selepas Australia kelmarin petang membatalkan visa seorang ahli politik sayap kanan Israel yang dijadual mengadakan lawatan di negara itu.

    Ketegangan antara kedua-dua negara semakin meningkat sejak Canberra mengumumkan pendiriannya untuk mengiktiraf negara Palestin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) September ini. Menteri Luar Australia, Penny Wong berkata keputusan Israel itu hanya akan menjejaskan usaha perdamaian.

    “Ketika dialog dan diplomasi amat diperlukan, kerajaan Netanyahu memilih untuk mengasingkan Israel serta melemahkan usaha antarabangsa ke arah keamanan dan penyelesaian kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan.

    Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membalas dengan mengecam Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese sebagai ‘ahli politik lemah yang mengkhianati Israel dan meninggalkan masyarakat Yahudi Australia’.

    Kerajaan Australia kelmarin membatalkan visa Simcha Rothman, ahli politik sayap kanan dari parti ultra nasionalis yang menjadi sebahagian daripada gabungan pimpinan Netanyahu. Rothman dijadual berucap pada acara anjuran Persatuan Yahudi Australia.

    Beberapa jam kemudian, Menteri Luar Israel, Gideon Saar mengumumkan pembatalan visa diplomat Australia di Pihak Berkuasa Palestin. – AFP

    Penny Wong semasa menghadiri Forum Serantau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-32 di Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Berita Berkaitan

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Remaja Australia bawah 16 tahun dilarang guna Facebook, Instagram mulai 4...

    SYDNEY, 19 NOV - Warga Australia yang berumur bawah...

    Poland tutup konsulat Rusia terakhir selepas insiden sabotaj kereta api

    WARSAW, 19 NOV – Menteri Luar Poland berkata hari...

    Terkini

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...