Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Australia keluarkan amaran produk kesihatan palsu

    SYDNEY, 9 MEI – Pihak berkuasa kesihatan di Queensland, Australia hari ini mengeluarkan amaran untuk tidak mengambil produk kesihatan yang diperoleh secara haram, lapor Xinhua.

    Amaran itu dibuat selepas rampasan ubat tiruan yang mengandungi bahan boleh mengancam nyawa.

    Menurut Queensland Health, tablet yang dirampas diuji positif protonitazene, opioid yang sangat kuat yang boleh membawa maut walaupun dalam jumlah kecil.

    Tablet terbabit telah dijenamakan semula sebagai ubat tulen termasuk Xanax, yang tidak tersedia secara komersial di Australia.

    Pengarah Eksekutif Queensland Health Cawangan Kesihatan Mental, Alkohol dan Ubatan, John Allan menggesa orang ramai supaya tidak mengambil ubat dan bahan tiruan dalam apa jua keadaan.

    Pihak berkuasa kesihatan Australia mengeluarkan amaran untuk tidak mengambil produk kesihatan yang diperoleh secara haram kerana ubat tiruan mengandungi bahan yang boleh mengancam nyawa.

    Beliau berkata bahawa pengguna mungkin tidak menyedari pemalsuan itu, kerana kebanyakan tablet kelihatan tulen dan berlabel.

    “Protonitazene boleh menyebabkan kegagalan pernafasan, pitam, koma dan kematian, walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit.

    “Nitazenes, termasuk protonitazene, merupakan opioid sintetik yang sama kuat atau lebih kuat daripada fentanyl.

    “Ia telah dikesan di Queensland dan negeri lain dalam pelbagai bentuk, termasuk tablet, serbuk dan cecair,” kata Alan.

    Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan bahawa polis tempatan sedang berusaha mengesan sumber tablet haram itu, dengan siasatan mengenai dua kematian yang dikaitkan dengan tablet palsu itu masih diteruskan.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...