SYDNEY, 16 JUN – Kerajaan berhaluan tengah baharu Australia menyerahkan lebih banyak sasaran pelepasan gas rumah hijau kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini, berusaha untuk menamatkan perubahan iklim yang sedekad tertangguh.
Perdana Menteri Anthony Albanese meningkatkan sasaran pengurangan pelepasan kepada 43 peratus menjelang 2030, meningkat daripada sasaran sebelumnya sekitar 26-28 peratus.
Matlamat baharu itu ‘meletakkan Australia kepada masa depan makmur, tenaga lebih murah dan bersih pada masa depan’, kata Albanese.
Meskipun dibadai banjir, kebakaran dan kemarau, Australia sudah lama dilihat sebagai ketinggalan dalam tindakan iklim.
Negara itu menyimpan banyak deposit bahan fosil dan merupakan salah satu pengeksport arang dan gas utama di dunia.

Arang masih lagi memainkan peranan penting dalam penghasilan elektrik domestiknya.
Pada 2022, MIT memberi rangking Australia di tangga ke-52 daripada 76 buah negara dalam Indeks Masa Depan Hijau, yang memberi kadar berapa banyak negara-negara beranjak ke arah persekitaran ekonomi mapan.
Namun Albanese membuat pengurangan pelepasan satu kempen pilihan rayanya baru-baru ini dan menjamin untuk ‘menamatkan perang iklim’ yang membawa kepada kelambatan dasar berdekad-dekad lamanya.
“Australia tidak mampu untuk menangguhkan perkembangan itu sekali lagi kerana kegagalan akan menyaksikan penduduk Australia kehilangan peluang dan industri baharu serta pekerjaan lebih baik,” kata ketua eksekutif majlis, Jennifer Westacott.
Albanese berkata hari ini yang para pemimpin dunia telah ‘menyambut baik kedudukan perubahan Australia’ dalam tindakan iklim semasa perbualannya bersama mereka sejak mengambil alih kuasa bulan lalu. – AP