Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia lancar kapal berkuasa bateri terbesar

    SYDNEY, 4 MEI – Sebuah pembuat kapal Australia melancarkan apa yang disifatkannya sebagai kapal berkuasa elektrik terbesar di dunia pada Jumaat, satu binaan sepanjang 130 meter yang mampu menampung sehingga 2,100 penumpang.

    Dikenal sebagai ‘Hull 096’, kapal layar aluminium itu dikuasakan lebih daripada 250 tan bateri dan dibina untuk pengendali feri Amerika Selatan, Buquebus.

    Ia direka untuk membawa penumpang dan sehingga 225 kenderaan merentasi River Plate antara Buenos Aires dan Uruguay.

    “Hull 096 membuktikan bahawa penyelesaian pengangkutan berskala besar dan pelepasan rendah bukan sahaja boleh dilakukan, ia sudah ada sekarang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Incat, Stephen Casey selepas pelancaran kapal tersebut di Sungai Derwent, Hobart, dekat Tasmania.

    Kapal Hull 096, kapal bateri-elektrik terbesar di dunia, di limbungan kapal Incat di Hobart, Tasmania, Australia. – Agensi

    Negara anggota IMO mengundi bulan lalu menyokong sistem penetapan harga global untuk membantu mengekang pelepasan karbon maritim, dengan semua kapal dikehendaki menggunakan campuran bahan api yang kurang intensif karbon menjelang 2028 atau mereka bakal berdepan penalti kewangan.

    Bagaimanapun, kumpulan pelobi alam sekitar bimbang bahawa pertukaran kepada biofuel membawa kepada masalah seperti penebangan hutan dan tidak cukup berkemampuan menangani pelepasan maritim.

    Menurut Incat, bateri dan Sistem Penyimpanan Tenaga (ESS) Hull 096 akan menyediakan lebih daripada 40 megawatt jam kapasiti terpasang.

    ESS dibina oleh pembuat enjin Finland Wartsila dan disambungkan kepada lapan jet air dipacu elektrik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda