Wednesday, March 12, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China kecam tindakan AS, perang perdagangan meningkat

    BEIJING, 5 FEB – China menuduh Amerika Syarikat (AS) atas tindakan ‘penindasan’ selepas perkhidmatan pos negara itu menggantung penghantaran bungkusan dari China dan Hong Kong, langkah yang dijangka memberi kesan kepada gergasi e-dagang seperti Temu dan Shein.

    Ketegangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu terus memuncak apabila kedua-dua negara saling mengenakan tarif terhadap import masing-masing, melibatkan ratusan bilion dolar perdagangan.

    Kelmarin, Perkhidmatan Pos AS (USPS) turut membatalkan pengecualian cukai untuk bungkusan bernilai rendah. Pengecualian ‘de minimis’ sebelum ini membenarkan barangan bernilai AS$800 ke bawah memasuki AS tanpa cukai atau duti tertentu, namun berdepan pengawasan susulan peningkatan ketara penghantaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan AS melaporkan penghantaran di bawah pengecualian tersebut bernilai lebih AS$1.36 bilion pada 2024, sekali gus menyukarkan penguatkuasaan undang-undang perdagangan, keselamatan serta perlindungan hak harta intelek dan pengguna.

    Pegawai AS turut menyalahkan pertumbuhan pesat peruncit dalam talian dari China seperti Shein dan Temu sebagai faktor utama peningkatan itu, dengan penggantungan penghantaran dijangka melambatkan kemasukan bungkusan kedua-dua syarikat tersebut ke negara itu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda