Australia larang main rekoder, koir sekolah

SYDNEY, 17 OGOS – Larangan memainkan rekoder dan koir sekolah akan dikuatkuasakan di negeri paling ramai penduduk, New South Wales, dalam usaha membendung penularan COVID-19, kata pihak berkuasa hari ini.

Dengan jangkitan melanda beberapa sekolah di Sydney, pihak berkuasa bertindak melarang aktiviti koir dan konsert bermula Rabu. “Semua kumpulan nyanyian dan/atau aktiviti lantunan suara lain, dan penggunaan alat muzik yang ditiup dalam tetapan kumpulan, adalah tidak dibenarkan,” kata pihak berkuasa pendidikan tempatan.

Ia termasuk rekoder, pengenalan kepada permainan alat muzik bagi kanak-kanak kecil, manakala menari juga akan dilarang. “Majlis rasmi sekolah, tarian, majlis graduasi atau acara sosial lain tidak dibenarkan,” kata Jabatan Pendidikan New South Wales.

Walaupun sekolah awam di Sydney dan New South Wales dibuka semula selepas perintah berkurung, pihak berkuasa berkata, langkah baharu itu akan membantu mereka beroperasi secara paling selamat. – AFP