NEWCASTLE, AUSTRALIA, 6 MAC – Penyerang Chelsea, Sam Kerr menjaringkan dua gol ketika Australia berjaya menempah tiket layak ke Sukan Olimpik Tokyo selepas mengalahkan Vietnam 5-0 dalam perlawanan pertama mereka hari ini.
Ketua Pasukan itu mendapat bola dan menjaringkan dengan tandukan di minit ke-10 selepas hantaran lintang dari Ellie Carpenter pada babak kedua perlawanan.
Sejarah sentiasa memihak kepada Matildas, dengan Australia memenangi tujuh pertandingan sebelumnya bertemu dengan Vietnam, menjaringkan 37 gol dan tanpa bolos.
Dengan pemain bintang-bintang dari Eropah seperti Kerr, Caitlin Foord, Emily Gielnik dan Chloe Logarzo semuanya kembali bermain, Vietnam menghadapi tugas yang sangat sukar.
“Saya fikir kita mengawal permainan, kita tidak begitu tajam seperti yang kita suka, tetapi 5-0 dan prestasi yang bagus dari pemain,” kata Kerr. – AFP