Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia lulus vaksin Novavax

    CANBERRA, 24 JAN – Australia meluluskan penggunaan vaksin Novavax untuk individu berumur 18 tahun ke atas hari ini, menjadikannya vaksin COVID-19 keempat selepas AstraZeneca, Moderna dan Pfizer.

    Kumpulan Penasihat Teknikal Australia mengenai Imunisasi (ATAGI) telah mengesyorkan dua dos vaksin Novavax dengan selang masa sekurang-kurangnya tiga minggu antara dua dos berkenaan, menurut Xinhua.

    Kerajaan telah memesan sebanyak 51 juta dos vaksin COVID-19 Novavax untuk kegunaan pada Februari, kata Menteri Kesihatan Greg Hunt.

    “Kita akan memulakan program itu pada minggu 21 Februari,” katanya kepada pemberita hari ini. Australia hari ini melaporkan lebih daripada 40,000 jangkitan komuniti dan 58 kematian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda