Tuesday, November 5, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia lupus sistem satelit ketenteraan berbilion dolar

    SYDNEY, 4 NOV – Kerajaan Australia mengumumkan hari ini, yang ia melupuskan sistem komunikasi satelit yang sedang dibangunkan untuk ketenteraan, menurut laporan agensi berita Jerman, dpa.

    Lockheed Martin Australia dianugerahkan tender untuk membina sistem komunikasi satelit Geostationary Earth Orbit (GEO) yang dimiliki dan dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan pada 2023.

    Semasa tender dianugerahkan, kerajaan menyatakan ia adalah projek bernilai berbilion-bilion dolar yang akan menyediakan sistem komunikasi satelit pertama yang dikawal secara berdaulat oleh Australia untuk kawasan lautan Indo-Pasifik. Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan Australia menyatakan, “kemajuan teknologi angkasa dan ancaman yang berkembang dalam ruang angkasa” bermakna sistem komunikasi satelit berasaskan GEO tunggal tidak lagi memenuhi keutamaan strategik.

    “Daripada hanya bergantung kepada penyelesaian orbit tunggal, Kementerian Pertahanan perlu memberi keutamaan kepada keupayaan multi-orbit yang dapat meningkatkan ketahanan Angkatan Pertahanan Australia,” menurut kenyataan kementerian itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda