Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia menang aksi kalah mati bertemu Peru

    DOHA, 14 JUN – Australia berjaya menewaskan Peru kelmarin menerusi penentuan penalti untuk menempah tempat di pentas perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada November nanti.

    Perlawanan playoff antara pasukan Asia dan Amerika Selatan itu terikat seri tanpa jaringan selepas 120 minit bermain dan keputusan perlawanan ditentukan apabila pemain Peru, Alex Valera terlepas sepakan penalti keenam, memberikan kemenangan kepada Australia dengan keputusan 5-4 di Stadium Ahmad bin Ali, Doha.

    Australia, berada di ranking ke-42 dalam carta dunia, menyambar peluang untuk beraksi di pentas Piala Dunia dan akan bermain dalam perlawanan pembukaan kumpulan D menentang juara bertahan, Perancis pada 22 November ini.

    Ia adalah kemenangan kedua yang diraih oleh Australia dalam dua dekad ini setelah menewaskan saingan Amerika Selatan dalam kelayakan Piala Dunia. Mereka pernah menewaskan Uruguay untuk mara ke pusingan akhir pada tahun 2006.

    Sementara itu, Peru berada di ran-king ke-22 dalam carta FIFA dan mereka pernah mengalahkan Australia 2-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan bagi Piala Dunia 2018.

    Perlawanan tersebut berlangsung di hadapan 10,000 penyokong, kebanyakan daripada mereka sanggup datang dari hujung dunia untuk menyaksikan playoff tersebut tetapi hanya untuk menyaksikan kekecewaan di antara dua pesaing.

    Jurulatih Australia, Graham Arnold mengatakan bahawa dia ‘tidak terkata’ selepas kemenangan yang mengejutkan itu setelah menyaksikan Martin Boyle terlepas membuat jaringan penalti pertama pasukan Australia sebelum berjaya menjaringkan kelima-lima gol penalti. – AFP

    Reaksi para pemain Australia meraikan kemenangan mereka dalam perlawanan playoff antara Australia dan Peru di Stadium Ahmad bin Ali, Qatar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda