Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita

    PARIS, 28 JULAI – Kuartet renang wanita Australia mencipta rekod baharu Sukan Olimpik Paris apabila memenangi pingat emas keempat berturut-turut dalam acara 4×100 meter (m) Gaya Bebas di Sukan Olimpik Paris 2024, kelmarin.

    Dibarisi Mollie O’Callaghan, Shayna Jack, Emma McKeon dan Meg Harris pasukan itu mencatatkan masa tiga minit 28.92 saat, mengatasi rekod Olimpik sebelum ini iaitu 3:29.69 yang dicatatkan di Tokyo tiga tahun lepas, lapor agensi berita Xinhua.

    Amerika Syarikat berada di tempat kedua dalam aksi di Paris La Defense Arena dengan catatan masa 3:30.20 dan China di tempat ketiga dengan 3:30.30.

    Australia telah memenangi emas dalam acara itu pada empat daripada lima edisi Sukan Olimpik yang lepas. – Bernama

    (Dari kiri), Mollie O’Callaghan, Shayna Jack, Emma Mckeon dan Meg Harris bergambar ramai bersama pingat mereka di Arena Paris La Defense di Nanterre pada 27 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda