Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia, New Zealand tutup sempadan

    SYDNEY, 19 MAC – Australia dan New Zealand bertindak menutup sempadan mereka hari ini, mengumumkan larangan ke atas kemasukan penduduk bukan pemastautin dalam harapan untuk membendung jangkitan COVID-19.

    Pengumuman itu keluar tatkala syarikat penerbangan terbesar Australia Qantas berkata ia akan menghentikan semua penerbangan antarabangsa selama sekurang-kurangnya dua bulan dan menggantung dua pertiga daripada kakitangannya sebagai respons terhadap pandemik, sementara bank pusat negara memotong kadar faedah kepada tahap amat rendah.

    Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata larangan ke atas sesiapa yang bukan rakyat atau penduduk tetap yang datang ke Australia akan berkuat kuasa mulai petang esok.

    Satu langkah yang sama diumumkan oleh rakan sejawatan New Zealand Jacinda Arden, yang berkata: “Saya mengakui betapa luar biasa keadaan ini. Tidak pernah dalam sejarah New Zealand di mana kuasa seperti ini telah digunakan.”

    Australia dan New Zealand telah pun mengumumkan beberapa sekatan untuk mengatasi pandemik, namun belum menutup sekolah atau mengenakan perintah berkurung.

    Penggubal dasar berharap larangan tersebut akan memperlahankan kadar jangkitan demi mengelak langkah yang lebih keras yang akan melumpuhkan ekonomi kedua-dua negara dan mengubah kehidupan untuk beberapa bulan akan datang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda