Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia pertimbang tegahan komputer riba dalam pesawat

    CANBERRA, Australia, 17 Mei – Australia sedang menimbangkan mengikut Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk menegah komputer riba dari kabin pesawat udara yang tiba, menurut perdana menteri, tetapi enggan menjelaskan sama ada ia berkaitan dengan ancaman kumpulan IS yang dibincangkan oleh Presiden Donald Trump dengan para diplomat Rusia.

    Perdana Menteri Malcolm Turnbull semalam mendedahkan bahawa kerajaan ‘sedang menimbangkan dengan serius ‘tegahan ke atas komputer riba dan tablet dalam penerbangan dari beberapa negara Timur Tengah yang diumumkan oleh AS dan Britain pada Mac lalu.

    Disoal oleh para pemberita hari ini, Turnbull enggan membincangkan tentang risikan ke atas tegahan komputer riba yang sedang dibincangkan atau sumbernya.

    “Selaku perdana menteri yang melindungi keselamatan negara dan kepentingan negara, saya perlu berhati-hati berhubung perkara keselamatan negara,” kata Turnbull. “Tugas saya bukan untuk memberi komentari spekulatif dalam media.”

    Australia akan ‘bekerjasama lebih secara dekat dengan rakan-rakan kami di seluruh dunia’ dalam terus menerus mengkaji keselamatan penerbangan, menurutnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda