Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Australia peruntuk dana tambahan kepada Afrika

    CANBERRA, 23 JUN – Kerajaan Australia telah memperuntukkan dana tambahan untuk bantuan kemanusiaan di negara Afrika.

    Menteri Luar, Penny Wong; Menteri Pembangunan Antarabangsa dan Pasifik, Pat Conroy; dan Timbalan Menteri Luar, Tim Watts, kelmarin mengumumkan AS$15.2 juta telah diperuntukkan untuk pembiayaan bagi membantu menyalurkan penjagaan kesihatan, makanan dan air bersih di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang berterusan di Afrika.

    Ia termasuk AS$8.6 juta untuk penduduk yang terjejas di Sudan dan pelarian Sudan yang telah berpindah ke negara jiran; AS$3.9 juta ke Etiopia dan Somalia untuk menyokong penduduk yang terjejas akibat krisis; dan AS$2.6 juta kepada Kenya sebagai tindak balas terhadap banjir.

    Wong, Conroy dan Watts berkata dalam satu kenyataan bahawa Australia amat prihatin dengan kesan konflik dan perubahan iklim yang berterusan ke atas penduduk yang mudah terjejas di rantau ini.

    “Australia amat bimbang dengan situasi kemanusiaan yang semakin merosot di Afrika dan sedang bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk membantu mereka yang paling mudah terjejas dan menangani ketidakstabilan di rantau itu,” kata Wong.

    Bantuan itu akan disampaikan oleh pertubuhan bukan kerajaan Australia dan tempatan, rakan kongsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...