SYDNEY, 4 Okt – Australia hari ini mendedahkan rancangan untuk menahan suspek keganasan selama 14 hari tanpa didakwa dan mengukuhkan pangkalan data kebangsaannya untuk memasukkan data biometrik dari lesen-lesen pemandu. New South Wales telah pun membenarkan penahanan 14 hari, tetapi negeri dan wilayah lain hanya membenarkan seminggu atau kurang dan kerajaan persekutuan mahu menstandardkan undang-undang.