Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Australia Selatan dilanda kebakaran belukar

    CANBERRA, 8 DIS – Anggota bomba dan pesawat pengebom air telah dikerahkan untuk mengawal beberapa kebakaran belukar yang merebak di seluruh Australia Selatan (SA).

    Bercakap pada sidang akhbar pada petang hari ini, Menteri Perkhidmatan Kecemasan SA, Joe Szakacs berkata kira-kira pada pukul 2 petang waktu tempatan, anggota dari Perkhidmatan Bomba Negara (CFS) SA dan Perkhidmatan Bomba Metropolitan bergelut memadamkan 12 kebakaran berasingan selepas mengawal berpuluh-puluh kebakaran yang berlaku sebelumnya dengan bantuan pesawat pengebom air melalui udara.

    Kebakaran itu berlaku apabila suhu mencecah melebihi 40 darjah Celsius di kebanyakan SA hari ini, dengan angin kencang dan ribut petir memburukkan lagi risiko kebakaran, yang menurut CFS sering berlaku dalam beberapa tahun.

    Brett Loughlin, Ketua Pegawai CFS, memberitahu pemberita dalam tempoh 24 jam hingga petang hari ini, sebanyak 30,000 petir telah dicatat di SA.

    Keadaan cuaca yang melampau menyebabkan 7,800 orang penduduk di SA tidak mempunyai bekalan elektrik.

    Loughlin berkata tidak ada kerosakan atau kerugian besar akibat kebakaran itu tetapi memberikan amaran risiko masih belum berakhir.

    “Kami menghadapi banyak keadaan yang sukar untuk dilalui sebelum risiko itu reda. Kami masih mempunyai masa berjam-jam untuk menghadapinya dan orang ramai perlu terus berwaspada,” katanya.

    Walaupun terdapat perubahan cuaca, Szakacs menggesa penduduk SA supaya tidak leka ketika menghadapi ancaman kebakaran. – Xinhua

    Australia Selatan dilanda kebakaran belukar baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...