Australia sertai AS, boikot Olimpik Beijing

SYDNEY, 8 DIS – Australia tidak akan menghantar wakil bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, menurut Perdana Menteri Scott Morrison hari ini, yang mengikut langkah Amerika Syarikat (AS) memboikot temasya sukan tersebut.

Keputusan Canberra dibuat selepas perbalahan dengan China mengenai beberapa isu yang menjejaskan hubungan bertukar menjadi krisis lebih serius sejak serbuan Dataran Tiananmen pada 1989.

Morrison turut menyebut mengenai pencabulan hak asasi manusia di Xinjiang dan menggantungkan hubungan dengan Australia.

“Australia tidak akan berganjak daripada pendirian demi kepentingan Australia dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan bahawa kami tidak akan menghantar wakil ke acara sukan tersebut,” kata Morrison.

Keputusan tersebut, yang menghalang atlet dari menyertai Olimpik 2022, dibuat sehari selepas AS mengumumkan memboikotnya.

Morrison berkata mereka akan turut serta bersama Amerika Syarikat dalam boikot diplomatik terhadap Olimpik Musim Sejuk Beijing pada 8 Disember 2021. – AP

Keputusan AS dibuat selepas Washington menyifatkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan China terhadap minoriti Uighur di wilayah Xinjiang dan pencabulan hak asasi manusia lainnya, menyebabkan Beijing memberi amaran kepada AS bakal ‘menerima padah’.

China menuduh Canberra sebagai “berlagak dan mementingkan diri sendiri” serta mengikut telunjuk AS ‘tanpa usul periksa’.

Jurucakap menteri luar China, Wang Wenbin berkata Beijing tidak pernah berhasrat untuk mengalu-alukan wakil Australia ke acara sukan, menambah ‘sama ada mereka mahu datang atau tidak, tiada yang peduli.’

Jurucakap kedutaan China di Canberra terdahulu berkata tindakan memboikot ‘bertentangan dengan pengumuman Canberra untuk memperbaiki hubungan China dan Australia.

Namun kumpulan hak asasi manusia mengalu-alukan tindakan tersebut, dengan pengarah Badan Hak Asasi Manusia China, Sophie Richardson menggelarnya ‘tindakan penting bagi

mencabar jenayah kerajaan China ke atas kemanusiaan yang menyasarkan golongan Uighurs dan komuniti Turki lainnya’.

Mereka berkata sekurang-kurangnya sejuta penduduk Uighurs dan bangsa yang bertutur bahasa Turki, kebanyakan penganut minoriti Islam dikurung dalam kem di Xinjiang, di mana China didakwa menggunakan kekerasan terhadap wanita dan menjadikan mereka buruh paksaan. – AFP