Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia tarik balik 2.3 juta kenderaan

    SYDNEY, 28 Feb – Australia mengumumkan penarikan balik sebanyak 2.3 juta kenderaan hari ini berikutan masalah beg udara Takata yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 23 kematian di seluruh dunia.

    Perintah penarikan balik kerajaan itu merupakan yang terbesar bagi para pengguna negara tersebut setelah berunding dengan pengilang dan pemegang saham industri yang terlibat.

    Ia memberi kesan kepada kenderaan yang dibuat oleh Ford, GM Holden, Mercedes-Benz, Tesla, Jaguar, Land Rover, Volkswagen, Audi dan Skoda. Tindakan serupa telah berlaku di seluruh dunia.

    “Penarikan balik telah menyebabkan lebih kurang 2.3 juta kenderaan yang masih mempunyai beg udara yang rosak yang memerlukan penggantian,” kata pembantu bendahari, Michael Sukkar.

    Gambar fail pada 24 Jun 2017 menunjukkan logo Takata di bandar Aisho di wilayah Shiga, Jepun. Australia mengumumkan penarikan semula sebanyak 2.3 juta kenderaan hari ini berikutan masalah dengan beg udara Takata pada 27 Februari 2018. – AFP

    “Keutamaan mutlak akan diberikan untuk menggantikan beg udara alpha, yang menimbulkan risiko keselamatan segera dan kritikal.”

    Memandangkan skala tugas itu besar, pembekal telah diberi tempoh sehingga akhir Disember 2020 untuk secara progresif menggantikan semua beg udara yang rosak yang dibuat oleh syarikat Jepun itu.

    Sebanyak empat juta kenderaan di Australia terjejas. Ada yang telah ditarik balik secara sukarela oleh pengeluar, manakala penarikan balik hari ini adalah ke atas kereta yang belum diperbaiki.

    Satu siasatan oleh Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia mendapati bahawa pengembung udara Takata tanpa bahan pengering – agen pengeringan – atau dengan bahan pengering kalsium sulfat mempunyai kelemahan pada rekaannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda