Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia tawar dos keempat vaksin

    SYDNEY, 25 MAC – Pihak berkuasa kesihatan persekutuan Australia menawarkan dos keempat vaksin COVID kepada penduduk berusia 65 tahun ke atas mulai bulan depan berikutan timbul pelbagai rantaian baharu Omicron.

    Malah, kumpulan penasihat teratas mengenai vaksin turut meluluskan suntikan keempat untuk kumpulan rentan iaitu berusia lebih 65 tahun, orang asli lebih 50 tahun, lemah imun dan penghuni rumah jagaan.

    Menteri Kesihatan, Greg Hunt berkata dos tambahan akan diberikan mulai 4 April, dua bulan sebelum bermulanya musim sejuk Australia dan dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lebih awal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda