Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia tawar perlindungan kepada warga Tuvalu

    SYDNEY, 10 NOV – Rakyat Tuvalu yang terancam oleh perubahan iklim akan mempunyai hak untuk tinggal di Australia di bawah perjanjian bersejarah yang diumumkan hari ini – satu tawaran perlindungan apabila tanah air Pasifik mereka hilang di bawah laut.

    Perdana Menteri kedua-dua negara, Kausea Natano dan Anthony Albanese menandatangani perjanjian untuk membantu 11,000 penduduk Tuvalu menangani perubahan iklim, dan memberikan perlindungan sekiranya kebimbangan terburuk menjadi kenyataan.

    Tuvalu adalah antara negara yang paling terdedah di dunia akibat peningkatan paras air laut.

    Dua daripada sembilan pulau karang Tuvalu sebahagian besarnya telah hilang di bawah air dan saintis iklim bimbang seluruh kepulauan itu akan tidak dapat didiami dalam tempoh 80 tahun akan datang.

    Natano berkata perjanjian itu adalah ‘satu sinar harapan’ untuk negaranya yang terancam, dan tawaran sokongan yang ‘telah menyentuh hati kami secara mendalam’.

    Menurut pakatan itu, rakyat Tuvalu akan dapat ‘tinggal, belajar dan bekerja di Australia’ dan mendapat akses kepada ‘pendidikan, kesihatan serta sokongan kewangan dan keluarga semasa ketibaan’. – AFP

    Albanese dan Natano berjabat tangan di One Foot Island selepas menghadiri Retreat Pemimpin semasa Forum Kepulauan Pasifik di Aitutaki, Kepulauan Cook pada 9 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda