Australia tawar Samoa kapal pengawal pantai baharu

APIA, SAMOA, 2 JUN – Australia akan membekalkan Samoa dengan bot peronda pengawal pantai baharu, umum Menteri Luar Negeri, Penny Wong semasa lawatan ke negara pulau Pasifik itu hari ini.

Susulan mesyuarat dengan Perdana Menteri Samoa, Fiame Naomi Mata’afa, Wong mengatakan Australia akan membekalkan sebuah kapal kelas Guardian tahun depan, menggantikan salah satu kapal yang terkandas, baru-baru ini.

“Kami faham bagaimana pentingnya aset maritim ini kepada negara-negara kepulauan itu,” kata Wong.

Bot terdahulu Samoa, Nafanua II berukuran 40 meter, melanggar terumbu Ogos lepas, mengalami kerosakan yang tidak dapat diperbaiki.

Mata’afa mengalu-alukan tawaran penggantian ‘murah hati’ itu, menambah dia berharap pengajaran dapat dipelajari daripada ‘sebuah kawasan sangat penting bagi sekuriti maritim kami’.

Wong mengangkat sumpah 10 hari lalu namun sudah mengunjungi Fiji ketika kerajaan berhaluan tengahnya cuba untuk memperbaiki hubungan dengan negara jiran Pasifik itu.

Beliau dijangka mengunjungi Tonga minggu ini, sejurus selepas Menteri Luar Negeri China, Wang Yi menamatkan jelajah 10 hari ke Pasifik. – AFP

Penny Wong (kiri) semasa bertemu Ketua Negeri Samoa, Tuimalealiifano Vaaletoa Sualauvi II (tengah) dan isterinya, Masiofo Faamausili Leinafo di kediaman rasmi mereka di Apia. – AFP