Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Australia tegah eksport alumina, bauksit ke Rusia

    SYDNEY, 20 MAC – Australia mengumumkan lebih banyak sekatan terhadap Rusia atas pencerobohan Ukraine hari ini, serta-merta mengharamkan semua eksport alumina dan bauksit sambil mengikrarkan lebih banyak senjata dan bantuan kemanusiaan.

    Larangan eksport itu bertujuan untuk memberi kesan kepada pengeluaran aluminium di Rusia, yang bergantung kepada Australia untuk 20 peratus daripada aluminanya.

    Ia berlaku hanya beberapa hari selepas Canberra membenarkan oligarki, Oleg Deripaska, yang memiliki pegangan dalam Queensland Alumina Limited – usaha sama antara syarikat aluminium Rusia, Rusal dan gergasi perlombongan Rio Tinto, yang telah berikrar untuk memutuskan semua hubungan perniagaan dengan Rusia.

    Jurucakap Rio Tinto berkata syarikat itu “mencatat pengumuman kerajaan hari ini mengenai sekatan eksport” dan ia masih dalam proses “menamatkan semua hubungan komersial yang ada de-ngan mana-mana perniagaan Rusia”.

    Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata hari ini kerajaannya bekerjasama dengan rakan kongsi untuk “memberi kos maksimum, tekanan maksimum kepada rejim Putin untuk berundur dari Ukraine”.

    Morrison berkata Australia telah menjatuhkan 476 sekatan terhadap individu dan institusi Rusia sejak pencerobohan bermula.

    Beliau mengumumkan Australia akan menderma 70,000 tan arang batu haba kepada Ukraine, berikutan permintaan daripada negara yang terkepung itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...