Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia tetapkan pungutan suara hak Orang Asli

    SYDNEY, 19 JUN – Parlimen Australia hari ini membuka jalan bagi referendum bersejarah mengenai hak Orang Asli, di mana pengundi bersedia untuk memutuskan sama ada penduduk Orang Asli memperoleh suara khusus dalam penggubalan dasar negara.

    Senat meluluskan undang-undang referendum 52-19, membenarkan Perdana Menteri Anthony Albanese menetapkan tarikh undian yang dijangka akan berlangsung menjelang akhir tahun ini.

    Referendum itu akan menjadi detik penting dalam politik negara membantu menentukan apa maknanya menjadi warganegara Australia dan mengubah semula hubungan yang sering bermasalah antara minoriti Orang Asli dan majoriti kulit putih.

    Jika diluluskan, Orang Asli Australia yang nenek moyang mereka telah tinggal di benua itu sekurang-kurangnya 60,000 tahun akan diiktiraf dalam perlembagaan buat kali pertama.

    Orang Asli dan penduduk Kepulauan Selat Torres juga akan mendapat hak yang dijamin mengikut perlembagaan untuk dirundingkan oleh kerajaan mengenai undang-undang yang memberi kesan kepada komuniti mereka.

    “Ini adalah mengenai tentang siapa kita sebagai sebuah negara,” kata Albanese, menyambut dengan baik pengesahan dalam parlimen dan tidak membuang masa untuk membincangkan mengenai undian ‘Ya’.

    “Hari ini, Parlimen kita telah mengatakan ‘ya’ untuk mengadakan referendum,” kata pemimpin dari parti berhaluan tengah itu.

    “Sekarang, rakyat Australia akan berpeluang untuk berkata ‘ya’ kepada perdamaian dan ‘ya’ kepada pengiktirafan perlembagaan rakyat Bangsa-Bangsa Pertama.” – AFP

    Senator buruh bertepuk tangan selepas penyampaian suara kepada Parlimen di dewan Senat di Bangunan Parlimen Australia, di Canberra, 19 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda