Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

Australia tolak prospek miliki kapal selam nuklear

CANBERRA, AUSTRALIA, 29 JUN – Menteri pertahanan baharu Australia kelmarin enggan membincangkan prospek Australia memperoleh kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir dekad.

Menteri Pertahanan, Richard Marles, di mana partinya berkuasa pada pilihan raya bulan lalu, berkata dasar utama sekarang adalah menutup jurang keupayaan tentera laut yang dijangka akan dibuka apabila armada enam buah kapal selam diesel-elektrik kelas Collins dihentikan operasi mulai 2038.

Amerika Syarikat dan Britain telah bersetuju untuk memberikan Australia sebuah armada kapal selam yang menggunakan teknologi nuklear AS.

Tetapi apabila perjanjian tersebut diumumkan pada bulan September lalu, kapal selam pertama yang dijangka tiba tidak akan dihantar sehingga 2040.

Sementara itu, bekas Menteri Pertahanan, Peter Dutton, berkata bahawa pada bulan ini, Amerika Syarikat boleh dibawa berunding untuk membekalkan Australia dengan dua buah kapal selam kelas Virginia daripada barisan pengeluaran Connecticut menjelang 2030.

Manakala Marles yang memangku jawatan perdana menteri sementara bagi Anthony Albanese yang berada di luar negara, meragui Australia akan mempunyai sebuah kapal selam berkuasa nuklear menjelang 2030.

Tidak sama seperti kapal selam nuklear, kapal selam diesel-elektrik dikatakan perlu naik ke permukaan air dan bergantung pada kuasa diesel semasa baterinya dicas semula. – AFP

Timbalan Perdana Menteri Australia dan Menteri Pertahanan, Richard Marles menolak kemungkinan Australia daripada memiliki kapal selam nuklear kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -