CANBERRA, 1 OGOS – Australia sedang menguji ternakan lembunya untuk penyakit kulit berketul (LSD) selepas Indonesia menghentikan import haiwan itu dari empat fasilitinya kerana bimbang penularan wabak, lapor Xinhua. Menteri Pertanian Murray Watt pada kelmarin berkata Australia kekal bebas daripada virus berjangkit itu. Indonesia menghentikan import lembu dari empat kemudahan Australia selepas individu diuji positif

